fbpx

Cristiano Ronaldo ke Bayern Munich bukan dongeng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO bersedia meninggalkan Old Trafford dan Bayern serta Chelsea dianggap antara pasukan yang mampu untuk mendapatkan khidmatnya. – AFP

MUNICH – Legenda Bayern Munich, Lothar Matthaus percaya idea untuk membawa Cristiano Ronaldo menyertai gergasi Bundesliga itu bukanlah satu yang teruk sebaliknya ia mampu memberi kelebihan kepada pasukan tersebut.

Ronaldo dilaporkan telah memberitahu pengurus Manchester United mengenai hasratnya untuk meninggalkan Old Trafford kerana tidak yakin bahawa pasukan itu mampu bersaing merebut kejuaraan musim depan.

Biarpun The Red Devils dengan jelas menyatakan bahawa pemain berusia 37 tahun itu tidak akan dijual, Ronaldo meminta United mempertimbangkan sekiranya ada tawaran daripada mana-mana pasukan yang mahukan khidmatnya.

Walaupun tidak banyak pasukan yang bersedia menerima Ro­naldo kerana gaji yang diterima­nya terlalu tinggi, ejennya, Jorge Mendes dikatakan sudah me­ngadakan rundingan bersama Bayern dan Chelsea untuk mene­rokai potensi perpindahan.

“Ronaldo ke Bayern mungkin idea yang bagus. Sekurang-kurangnya anda cuba untuk berfikir mengenai pilihan yang ada dan cuba untuk ‘bermain’ dengan situasi itu.

“Jika Bayern berpendapat Ronaldo secara fizikal mampu membantu pasukan bagi tempoh setahun atau dua tahun, mereka boleh menggunakan dana penjualan Robert Lewandowski untuk tujuan tersebut,” kata Matthaus.

Walaupun terdapat sedikit keraguan mengenai pembelian Ronaldo, Matthaus percaya pemain tersebut masih mampu memberikan impak di dalam dan luar padang buat The Bavarians.

“Sudah tentu kita tidak boleh menganggap ia adalah perpindahan untuk jangka masa panjang. Dia (Ronaldo) berusia 37 tahun, tetapi masih menjadi tumpuan dan perhatian ramai.

“Saya sendiri tidak pasti sama ada Ronaldo sesuai dengan sistem di Bayern, tetapi dia masih seorang penjaring gol yang baik dan 30 gol semusim bukan sesuatu yang sukar buatnya. Bayern juga mampu menjana pendapatan menerusi jualan jersi, itu adalah suatu yang pasti,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI