fbpx

MBSB Bank anjur kempen tanpa plastik bulan Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada kakitangan MBSB Bank menyertai program menanam lebih daripada 80 anak pokok balak seperti nyatoh, keruing dan meranti di Institut Penyelidik Perhutanan Malaysia, Kepong baru-baru ini.

PETALING JAYA – MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) menganjurkan kempen tanpa plastik sebagai usaha untuk menggalakkan kakitangannya menjadi kumpulan pengguna yang arif daripada menggunakan plastik sekali guna dan juga mengurangkan penggunaan produk plastik.

Ketua Pegawai Korporatnya, Azlina Mohd. Rasahad berkata, program ini dilaksanakan seiring dengan kempen Bebas Plastik Julai di seluruh dunia.

“Kami agak bimbang terhadap plastik yang dibuang di tapak pelupusan sampah boleh menyebabkan pencemaran kepada ekosistem. Disebabkan itu, kami perlu bertindak juga untuk membantu dengan mengurangkan penggunaan plastik dalam organisasi.

“Kami bercadang untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang diterajui oleh Plastic Free Foundation yang mana ia berjaya mengurangkan permintaan global terhadap straw plastik sebanyak empat peratus.

“Kempen ini bukan sahaja mendidik kakitangan mengenai  barangan lain yang boleh menggantikan penggunaan plastik tetapi juga memberi ganjaran kepada mereka yang melaksanakan gaya hidup lestasi secara konsisten,” katanya dalam kenyataan.

Azlina menerangkan, hadiah yang disediakan adalah beg pelbagai guna boleh guna semula, straw besi dan kutleri, set tiffin dan juga kad Touch N Go MBSB.

Selain itu, beliau berkata, Bank juga sedang merancang untuk menganjurkan bengkel  eco-brick kepada kakitangannya untuk meningkatkan kemahiran mereka bagi membangunkan bahan mesra alam sekitar yang memberi manfaat kepada komuniti. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI