fbpx
Pihak panggung turut menerima bayaran sehingga 65 peratus daripada kutipan filem yang ditayangkan di pawagam.

Caj sehingga 65 peratus, panggung cuma ‘cari makan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Individu penting dunia perfileman tanah air menafikan caj yang dikenakan oleh pihak pawagam adalah tinggi.

Menurut Pengarah Urusan Syarikat Pengedaran Filem, Empire Solution Sdn. Bhd., Moha­mad Zubir Badarshair, panggung wayang mengenakan caj 50 peratus daripada jumlah kutipan, namun untuk minggu-minggu berikutnya jumlah peratusan yang dikenakan tidak seperti yang digembar-gemburkan.

“Contohnya bagi filem yang meraih kutipan bersih RM1 juta dalam seminggu, sebanyak 25 peratus dibayar kepada kerajaan sebagai cukai hiburan, manakala bakinya dibahagi sama rata antara pihak pawagam dan penerbit.

“Bagi kutipan minggu kedua tayangan, pihak pawagam mendapat 55 peratus dan penerbit pula 45 peratus. Paling tinggi pawagam boleh ‘tekan’ maksimum 65 peratus daripada jumlah keuntungan kutipan tidak 70 hingga 80 peratus seperti yang diperkatakan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Zubir turut menggesa pihak kerajaan supaya mengkaji semula cukai eksais hiburan yang masih tertakluk di bawah Skim Wajib Tayang yang diperkenalkan sejak 2005 kerana disifatkan sudah tidak lagi relevan.

“Sebenarnya sudah tidak re­levan kerajaan mengenakan cukai sebanyak 25 peratus.

“Sebab apa, kalau dahulu filem yang ditayang di pawagam boleh dibilang dengan jari, tetapi lain pula situasi sekarang. Setiap hari ada filem baharu masuk (pawa­gam) termasuk dari luar negara.

“Kita tak boleh salahkan pihak pawagam kerana mengenakan caj tinggi kerana mereka entiti perniagaan dan perlu menjelaskan sewa, utiliti, gaji dan sebagainya. Mereka juga ‘cari makan’.

“Kalau di negara lain, kerajaan mengenakan cukai 7 hingga 10 peratus. Bayangkan jika kutipan filem itu hanya ‘cukup-cukup makan’,” katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pemamer Filem Malaysia, Sisubalan Ehambaram berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia bagi membincangkan perkara tersebut dalam masa terdekat.

Terdahulu, pemain industri filem mempersoalkan kewajaran cukai hiburan dan bayaran pawagam ke atas penerbit filem yang disifatkan membebankan.

Sebagai contoh, bajet RM8 juta bagi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan memerlukan sekurang-kurangnya kutipan tiga kali ganda berbanding untuk mendapatkan pulangan modal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN