fbpx

[VIDEO] Lelaki kelar leher wanita habis pantang, bayi 44 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosman Ahmad menunjukkan ruang hadapan rumah dalam kejadian bunuh melibatkan anak perempuannya dan cucunya yang berusia 2 bulan di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tergamak bertindak kejam apabila sanggup mengelar leher seorang wanita yang baru habis pantang serta bayi berusia 44 hari dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Dewasa, Bakar Batu, di sini, tengah hari hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayi, Hans Mohd. Thakif Amir, 44 hari ditemui berlumuran darah serta kesan kelar pada leher di luar rumah teres yang didiami wanita itu.

Difahamkan, sejurus melihat wanita dan bayinya berlumuran darah, suspek yang berusia 24 tahun melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal dalam keadaan berbogel.

Menurut bapa mangsa, Rosman Ahmad, 58, dia menyedari kejadian yang menimpa anak ketiga dari enam beradik itu setelah diberi tahu anak sulung.

“Anak sulung saya telefon beri tahu ada masalah dekat rumah ini, saya terus bergegas ke rumah anak saya (Hajar Nursyahirin), terkejut tengok cucu dan ibunya terbaring dengan berlumuran darah di halaman rumah.

“Kami terus periksa dan dapati ada kesan tikaman pada leher kedua-duanya,”katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Rosman, Hans Mohd. Thakif merupakan cucu keempat dan anak sulung kepada wanita itu yang baharu melangsungkan perkahwinan pada Ogos tahun lalu.

Jelasnya, Hajar Nursyahirin dan keluarga merancang untuk mengadakan majlis akikah sempena menyambut kelahiran bayi sulung itu selain mengadakan majlis resepsi perkahwinan.

“Mereka akad nikah pada 21 Ogos 2021, masa itu tak buat majlis sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi kami rancang nak buat majlis akikah sekali.

“Semua sudah siap tunggu harinya sahaja, tarikh majlisnya pada 24 Julai ini,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI