fbpx

Filem Mat Kilau, bakal cantas rekod Munafik 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Mat Kilau mengatasi rekod pecah panggung yang pernah diraih Munafik 2 pada tahun 2018.

PETALING JAYA – Terus gah di takhta, filem fenomena Mat Kilau arahan Syamsul Yusof kini menjadi naskhah tempatan terpantas yang berjaya meraih kutipan sebanyak RM47 juta dalam tempoh 11 hari selepas ditayangkan bermula 23 Jun lalu.

Syamsul dalam satu hantaran Instagram berkata filem lakonan hebat Datuk Adi Putra, Fattah Amin dan Beto Kusyairi itu bakal memecah rekod Munafik 2 yang juga merupakan karya arahannya pada tahun 2018.

“Mat Kilau merupakan filem terpantas yang berjaya meraih RM47 juta dalam tempoh 11 hari sekali gus mengatasi rekod pecah panggung (box office) pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM48 juta.

“Hilang kata-kata. Alhamdulillah, limpah kurnia daripada-Nya dan terima kasih semuanya. Majulah filem bangsa dan negara,” katanya terharu.

Tambah pemilik nama penuh Mohd Syamsul Mohd Yusof, 37, Mat Kilau juga berjaya mengenepikan beberapa filem antarabangsa lain yang kini ditayangkan serentak di pawagam seperti filem animasi Minions: The Rise of Gru dan Top Gun: Maverick.

“Mat Kilau merupakan filem Malaysia yang berada di kedudukan pertama dalam tempoh dua minggu berturut-turut.

“Masih kekal mengenepikan filem Hollywood untuk minggu kedua,” katanya lagi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan filem epik Melayu tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM3 juta hanya dalam tempoh dua hari tayangannya.

Filem tersebut turut membangkitkan semangat pahlawan dalam kalangan penontonnya apabila ramai memakai busana tradisional Melayu, bertengkolok dan bersilat ketika hadir ke pawagam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI