fbpx

Songkhla sambut 5,000 pelancong Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekitar 1,000 hingga 1,500 pelancong Malaysia melintasi garisan pemeriksaan di sempadan Sadao setiap hari sebelum ini. – Slleong/Wikimedia

BANGKOK – Bandar Songkhla di selatan Thailand  menerima  kira-kira 5,000 pelancong dari Malaysia yang memandu merentas  sempadan selepas syarat  Pas Thailand dimansuhkan kelmarin, lapor laman berita Thaiger.

Sebelum pas tersebut dimansuhkan, bilangan rakyat Malaysia yang  menyeberang masuk di lintasan  sempadan Sadao setiap hari adalah sekitar 1,000 hingga 1,500 orang sahaja.

Presiden Persatuan Hotel Hat Yai Songkhla, Sitthiphong Sitthiphatprapha berkata, pihaknya menyasarkan angka itu akan mencecah 150,000 pelancong Malaysia pada bulan ini.

Menurutnya, pelancong Malaysia teruja untuk merasai keenakan makanan tempatan Songkhla serta melancong ke lokasi-lokasi menarik.

“Kami yakin Songkhla akan menerima lebih ramai pelancong pada minggu-minggu akan datang.

“Selain itu, kami juga yakin tidak akan ada masalah utama melibatkan pelancong Malaysia dan Singapura yang ingin kembali kerana tiada lagi Pas Thailand diperlukan,” katanya.

Baru-baru ini, pegawai pelancongan Thailand menyatakan bahawa pelancong Malaysia dijangka mengambil alih tempat pelancong India sebagai pengunjung paling ramai di negara itu.

Setakat ini, rakyat India merupakan kumpulan pelancong paling ramai di Thailand dengan 100,884 orang telah tiba di negara itu antara 1 Januari hingga 24 Mei lalu.

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand berkata, seramai 78,523 pelancong dari Malaysia telah memasuki negara itu dalam tempoh  lima bulan pertama tahun ini. Kebanyakan mereka bagaimanapun ialah peniaga dan bukannya pelancong. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI