fbpx

Gempaknya ‘comeback’ Camelia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN Camelia dalam persalinan klasik untuk satu persembahan baru-baru ini benar-benar menyita perhatian ramai.

SUDAH bertahun lamanya kita semua tidak mendengar khabar daripada penyanyi kelahiran Sarawak, Datin Seri Camelia.

Bagaimanapun, namanya kembali menjadi sebutan ramai selepas jurusolek terkenal, Khir Khalid memuat naik foto wajah terbaharu Camelia yang disoleknya untuk sebuah majlis di Istana Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anggun dan kejelitaannya masih tidak pernah pudar. Begitulah antara pujian yang menghujani ruangan komen entri Instagram jurusolek ternama berkenaan.

“Rindunya dengan Camelia dan masih cantik, masya-Allah. Apalah agaknya dia makan,” puji netizen.

“Harap muncul dengan lagu baharu, rindu nak dengar nyanyian Camelia,” komen seorang lagi netizen yang turut mengagumi kecantikan pelantun Rindu Padanya itu.

Tidak ketinggalan, video persembahannya bersama Bob Yusof di Istana Negara juga turut tular dalam TikTok.

Kemerduan suaranya masih sama! Cair Diva mendengar suara Camelia menyanyikan lagu Simfoni Tuanku bersama Bob. Terubat kerinduan.

Mungkin Camelia lebih selesa dengan kehidupannya ketika ini, jauh daripada dunia seni yang penuh dengan kontroversi.

Apa pun, kemunculan Camelia sungguh menyita perhatian.

DIVA: Penyanyi sekarang janganlah lancarkan lagu ‘syok sendiri’, nanti tak dapat sambutan, jangan marah pula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI