fbpx

Danial Zaini sah bergelar suami kepada ahli perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANIAL dan Yasmine bergelar suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Kuantan, semalam.

PETALING JAYA – Hanya dengan sekali lafaz, penyampai radio Era FM, Danial Zaini sah bergelar suami kepada suri hati pilihannya, Yasmine Umira Yahya sekitar pukul 10 pagi semalam.

Pasangan itu selamat dinikahkan dalam satu majlis penuh istiadat dan meriah di Timorra Avanue, Kuantan, Pahang.

Pasangan mempelai dinikahkan bapa Yasmine, Yahya Abdul Rashid, dengan disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan artis dan sahabat handai.

Yasmin menerima mas kahwin RM22.50 dan wang hantaran berjumlah RM17,777,77 berserta seutas rantai emas dan sebentuk cincin.

Wanita berasal dari Kuantan, Pahang itu turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan kejutan pelancaran lagu terbaharu daripada juara Maharaja Lawak Mega 2021 itu yang bertajuk Hati yang ditulisnya sendiri.

“Sejujurnya ini adalah pengalaman yang indah dan sangat dinantikan, ramai rakan rakan artis saya terkejut dan tak menyangka saya sudah bergelar suami hari ini (semalam).

“Pelbagai dugaan telah kami hadapi ketika tempoh pertunangan, tapi alhamdulillah kami berjaya hadapi dugaan yang mendatang.

“Saya sangat terharu dengan sokongan mereka yang sudi menjadikan majlis pada hari ini sangat meriah,” kata Danial.

Terdahulu, pasangan merpati dua sejoli itu mengikat tali pertunangan pada 25 Disember 2021, namun memutuskan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai demi menjaga privasi Yasmine serta keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI