fbpx

Budak enam tahun maut dibaham harimau bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU lagi serangan harimau bintang berlaku di India selepas tiga kanak-kanak terbunuh pada Jun lalu. – The Sun/ Getty

NEW DELHI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di India menjadi korban terbaharu serangan harimau bintang apabila haiwan itu menyeretnya keluar dari kawasan rumah, lapor akhbar The Sun semalam.

Zubaida Jan, ditemui mati selepas keluarganya mendengar jeritan dan tangisan mangsa yang meminta tolong berhampiran rumah mereka di kampung Gopalpora, selatan Kashmir.

Dia merupakan kanak-kanak keempat yang meninggal dunia akibat serangan harimau bintang dalam tempoh kurang sebulan. Tiga kanak-kanak lain turut terbunuh di utara wilayah itu sebelum ini.

Abang kepada mangsa dilaporkan turut diserang oleh harimau bintang sebulan sebelumnya, namun berjaya melarikan diri.

Mangsa sedang bermain di luar rumahnya pada Jumaat lalu apabila harimau bintang itu menyerangnya. Haiwan itu menerkam dan menyeret Jan ketika mangsa menjerit meminta tolong.

Penduduk tempatan yang mencari kanak-kanak itu dalam keadaan gelap telah menemui mangsa yang telah meninggal dunia akibat kecederaan selepas 30 minit.

Rakaman video menunjukkan keluarga Jan dan penduduk tempatan meratapi kematiannya.

Penduduk kampung kini menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan dengan memburu haiwan itu. 

“Kami meminta pentadbiran semasa sama ada membunuh atau menangkap haiwan itu dengan menggerakkan semua sumber yang ada,” kata seorang penduduk tempatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI