fbpx

Neelofa kagumi ketabahan Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA mengakui sudah lama mengetahui permasalahan dalam perkahwinan Puteri Sarah Liyana bersama Syamsul.

PETALING JAYA – Selebriti popular Neelofa menyifatkan ujian getir yang menimpa pelakon Puteri Sarah sebagai satu perkara yang tidak masuk akal dan sungguh berat untuk dilalui.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, sehingga ke hari ini dia tidak tahu bagaimana Puteri Sarah mempunyai kekuatan dan ketebahan berdepan rintangan tersebut.

“Kami ada banyak berborak mengenai situasi yang menimpa Puteri Sarah sebelum ini.

“Sehingga ke satu tahap saya seperti hilang kata-kata apa yang hendak dicakapkan kepadanya.

“Ini kerana apa yang berlaku terlalu teruk apa yang dilakukan oleh pihak ketiga kepada awak.
Masa tu orang ramai tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam apatah lagi awak yang kena lalui.

“Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat,” tulis Neelofa menerusi komen yang ditinggalkan dalam hantaran Instagram terbaru Puteri Sarah.

Pada masa sama, pengacara berusia 33 tahun dan isteri kepada pendakwah bebas PU Haris itu menyifatkan, dia sendiri tidak sanggup untuk berdepan situasi tersebut jika masalah serupa berlaku kepadanya.

“Kita borak banyak tentang hal ini. Sampai satu masa, saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa, sebab terlalu teruk pihak ketiga punya buli dia terhadap awak,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah memuat naik video temu bual bersama media ketika memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap pihak ketiga iaitu Ira Kazar.

Bukan sekadar didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Syamsul Yusof, Ira juga dikatakan mengganggu kehidupan Sarah sendiri dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi DM (mesej) dalam sosial media menggunakan puluhan akaun palsu yang diciptanya.

Puteri Sarah mewakili peguamnya menfailkan saman terhadap Ira di Mahkamah Sivil pada 26 Jun lalu dan anak kepada pelakon veteran popular, Kazar itu sudah menerima surat arahan supaya menghentikan sebarang bentuk gangguan dua hari kemudian.

Dalam tuntutan yang dibuat itu, pelakon drama Cukup Derita itu mahu Ira tampil memohon maaf dan menghentikan gangguan siber yang sudah berlarutan selama empat tahun terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI