fbpx

Naikkan elaun veteran ATM RM500 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASSAN memberikan sumbangan kepada pesara ATM selepas bertemu anggota PVATTBM Cawangan Pasir Gudang di Taman Desa Perwira, Pasir Gudang, Johor hari ini

JOHOR BAHRU – Kerajaan perlu mengenang jasa dan pengorbanan dilakukan veteren Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen dengan menaikkan elaun bulanan mereka yang ketika ini sebanyak RM300 kepada RM500.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, itu merupakan tindakan sewajarnya dengan kenaikan pelbagai barangan dan kos sara hidup ketika ini.

Menurut beliau, elaun RM300 yang diterima mereka ketika ini amat kecil memandangkan majoriti daripada mereka sudah tidak lagi bekerja.

“Pesara atau veteran ATM tidak berpencen ini telah berkhidmat pada tahun 60-an, 70-an dan 80-an ketika zaman Malaysia menghadapi ancaman bersenjata dari Parti Komunis Malaya.

“Rata-rata Veteran ATM yang tidak berpencen ini sudah berusia lebih 60 tahun, kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah kewangan dalam kehidupan dan juga masalah kesihatan. Jadi bantuan kebajikan dari kerajaan amat diharapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu dengan anggota Persatuan Veteran ATM Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) Cawangan Pasir Gudang di Taman Desa Perwira di sini, hari ini.

Mengikut rekod, dianggarkan terdapat seramai kira-kira 200,000 veteran ATM tidak berpencen di seluruh negara dan majoriti daripada merupakan warga emas.

Tambah Hassan, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM ketika ini dilihat hanya memberi elaun kos sara hidup secara berpilih dan amat terhad kepada mereka yang dikategorikan sebagai amat daif dan miskin.

“Kerajaan harus mendengar keluhan mereka sekali gus mengenang sumbangan serta jasa besar golongan itu terhadap negara. Keamanan negara sekarang dan kemewahan hidup yang dinikmati sesetengah golongan rakyat di Malaysia kini adalah hasil pengorbanan jiwa dan raga termasuk nyawa para perajurit dan tentera ATM.

“Kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan yang berkuasa sekarang untuk menolong golongan veteran tersebut yang kebanyakannya hidup dalam keadaan susah,” ujarnya sambil memberitahu terdapat 100 veteran ATM tidak berpencen di Pasir Gudang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI