fbpx

Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang mati dipercayai dibunuh menggunakan senjata tajam di hadapan sebuah rumah malam tadi.

AMPANG JAYA – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh dengan senjata tajam di hadapan sebuah rumah sekitar Jalan AU2A/14 Taman Keramat, Hulu Kelang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 10.36 malam.

“Menurut orang awam, berlaku pergaduhan di hadapan sebuah rumah di lokasi yang dinyatakan.

“Mangsa merupakan seorang lelaki dipercayai warga asing telah dijumpai terbaring dalam keadaan berlumuran darah di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pegawai perubatan telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dibunuh dengan senjata tajam dan butiran mangsa masih lagi dalam siasatan.

“Siasatan di tempat kejadian juga masih lagi berjalan dan polis masih menyiasat motif pembunuhan tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI