fbpx

Kerana Mat Kilau, ramai bersilat, bertengkolok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI silat Fattah bersama geng pesilat mencuri tumpuan ramai.

SEJAK filem Mat Kilau ditayangkan, pelbagai reaksi diberikan para penonton khususnya peminat.

Ada yang melemparkan komen negatif kerana katanya tidak mencapai jangkaan dan tidak kurang juga yang memberi pujian melambung.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah terdapat penonton yang hadir ke pawagam dengan busana ala-ala pahlawan Melayu dan bersilat sebelum menonton filem arahan Syamsul Yusof tersebut.

Paling mengagumkan ramai apabila salah seorang pelakonnya, Fattah Amin turut mempamerkan kemahiran bersilat bersama sekumpulan pesilat di sebuah pusat beli-belah di ibu negara baru-baru ini.

“Selepas ini semua nak belajar silat sebab filem Mat Kilau. Semoga seni mempertahankan diri silat terus dimartabatkan,” komen netizen.

“Seronok lihat ramai berbusana pahlawan Melayu ke pawagam,” kata netizen.

Video yang dikongsi Fattah mendapat lebih 1.2 juta tontonan dan 140,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI