fbpx

Keputusan tawaran Tingkatan Enam diumum 7 Julai depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai depan melibatkan dua kaedah iaitu secara dalam talian dan semakan di sekolah asal masing-masing.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, susulan itu, murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 boleh membuat semakan menerusi aplikasi dalam talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/.

“Bagi murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak mempunyai capaian internet, mereka boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

“Murid yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 hingga 24 Julai 2022,” katanya di sini tadi.

Kata KPM lagi, keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama.

“Murid yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.

“Oleh demikian, murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam dinyatakan dalam surat tawaran,” ujarnya.

Katanya, pelajar yang terpilih bagi pengambilan rayuan pula, tarikh lapor diri ditetapkan pada 2 Ogos 2022. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI