fbpx

Perak negeri pertama anjur Karnival JAKM di luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana kaunter pendaftaran Karnival JAKM Negeri Perak di Litar Dato' Sagor, Kampung Gajah yang sesak dikunjungi orang ramai sejak dibuka pukul 9 pagi tadi. - Foto MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

PASIR SALAK – Karnival Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Perak yang diadakan di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah bermula hari ini sehingga 3 Julai cukup unik apabila ia diadakan di kawasan luar bandar berbanding empat negeri sebelum ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Perak, Halizah Sipun berkata, kesemua JAKM di empat negeri sebelum ini diadakan di ibu negeri masing-masing yang merupakan kawasan bandar dan tumpuan utama masyarakat.

“Perak merupakan negeri kelima diadakan program seumpama ini, cuma keistimewaan Perak adalah kita adakan di luar ibu negeri di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah.

“Lokasi ini merupakan kawasan luar bandar yang mempunyai banyak keistimewaan yang kita tonjolkan di sini terutamanya dari segi produk pertanian dan makanan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Karnival JAKM Negeri Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Halizah berkata, kerajaan negeri turut menyasarkan seramai 30,000 pengunjung hadir pada karnival berkenaan yang berlangsung selama tiga hari bermula pukul 9 pagi sehingga 6 petang itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI