fbpx

PATI gagal bolos, 101 orang berjaya ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas Imigresen menjalankan pemeriksaan terhadap PATI yang ditahan dalam serbuan di tiga buah premis di Simpang Pulai hari ini. /FOTO IHSAN JABATAN IMIGRESEN

IPOH – Cubaan beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dengan memanjat tembok tinggi gagal apabila berjaya dicekup anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dalam serbuan di sebuah kilang barang lusuh dan kitar semula di Kampung Kepayang di sini, awal pagi tadi.

Serbuan menerusi Op Mahir dan Op Sapu bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi itu turut membabitkan rumah kedai dan rumah kongsi di Simpang Pulai.

Pengarah JIM Perak, Hapdzan Husaini berkata, seramai 101 PATI yang ditahan atas pelbagai kesalahan itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 162 orang warga asing.

Katanya, mereka yang ditahan itu merupakan warga China, Myanmar, Indonesia, Vietnam, Bangladesh dan India berusia lingkungan 15 hingga 62 tahun.

“Serbuan di kilang barang lusuh, logam dan kitar semula dijalankan setelah disyaki menggaji pekerja warga asing tanpa pas yang sah.

“Kehadiran anggota di lokasi serbuan menyebabkan sebilangan warga asing itu bertempiaran lari sehingga ada yang sanggup menggadai nyawa dengan memanjat tembok tinggi dan melarikan diri ke arah hutan di belakang premis.

“Anggota juga berdepan detik cemas kerana kawasan kilang tersebut dipenuhi barangan tajam dan logam besi. Bagaimanapun, kecekapan anggota berjaya mengepung premis itu sekali gus memberkas mereka,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Perak untuk siasatan lanjut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI