fbpx
TORREIRA hanya memiliki baki kontrak setahun lagi bersama Arsenal. – AFP

Lucas Torreira patah hati sarung jersi Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain dipinggirkan, Lucas Torreira menegaskan, dia tidak mungkin akan kekal bersama Arsenal selepas pengurus, Mikel Arteta enggan memberikan peluang kepada­nya dalam skuad utama The Gunners.

Pemain berusia 26 tahun itu telah menghabiskan tempoh dua tahun sebagai pemain pinjaman di Atletico Madrid dan Fiorentina, justeru dia berharap untuk terus kekal bersama Fiorentina.

Bagaimanapun, situasi yang dihadapi agak sukar ketika ini apabila Fiorentina gagal untuk mengaktifkan klausa pembelian sehingga menyebabkan masa depan Torreira dalam keadaan samar.

“Tidak mungkin saya akan kembali menyarung jersi Arsenal kerana dari awal lagi, mereka memaklumkan saya tidak berada dalam perancangan pa­sukan. Saya tidak mahu kembali ke Arsenal musim ini.

“Perancangan saya adalah untuk berhijrah ke Itali atau Sepanyol. Bagaimanapun, pilihan utama saya adalah kekal bersama Fiorentina, tetapi nampaknya ia cukup sukar,” kata Torreira.

Pada masa sama, pemain antarabangsa Uruguay ber­kenaan juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali menyertai kelab lamanya, Boca Juniors selepas gagal melengkapkan perpindahan ke pasukan itu musim lalu.

“Memang saya mahu kembali ke Boca, tetapi situasi sekarang agak sukar. Bagaimanapun, ia tidak mustahil memandangkan saya hanya memiliki baki kontrak setahun bersama Arsenal,” ujarnya. – AGENSI

POPULAR