fbpx

Langgar MPV polis cuba larikan diri, lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis syabu dan heroin yang berjaya dirampas polis.

KAJANG – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengedar dadah selain bertindak melanggar kereta peronda polis (MPV) dan kereta orang awam ketika cuba melarikan diri semasa pemeriksaan di Taman Ikhlas, Bandar Sungai Long, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, suspek berusia 23 tahun yang memandu kereta jenis Nissan Almera itu gagal melarikan diri sebelum diberkas polis.

“Polis berjaya menahan suspek di Lebuh Raya Grand Saga berhampiran susur keluar Balakong/Sungai Long, di sini.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kita turut merampas dadah disyaki heroin dan syabu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Tambahnya, hasil saringan air kencing juga mendapati lelaki berkenaan positif ganja dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI