fbpx

Guardiola sedia lepas bintang utama City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA rela melepaskan pemain-pemain utama yang mahu beralih angin pada jendela perpindahan musim ini, - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui beliau tidak ada sebarang masalah untuk melepaskan mana-mana pemain yang mahu beralih angin pada jendela perpindahan kali ini.

Pengendali dari Sepanyol itu berkata, bukan satu perkara mudah untuk memaksa pemain kekal bersama pasukan kerana beliau sentiasa menghormati kemahuan setiap pemainnya.

Justeru, beliau sedia untuk melepaskan beberapa pemain utama yang mahu mendapat jaminan dalam kesebelasan utama termasuk Raheem Sterling, Bernardo Silva, Oleksandr Zinchenko dan Nathan Ake.

“Perkara paling sukar untuk dilakukan adalah mengekalkan pemain yang tidak beraksi dan memastikan mereka sentiasa gembira.

“Tidak ada cara lain selain melepaskan mereka pergi.

“Pemain-pemain yang bagus akan meninggalkan pasukan bagi mendapatkan minit permainan.

“Apa faedah jika saya me­nyim­pan pemain-pemain ini hanya disebabkan mereka memiliki kontrak,” katanya.

Pada masa sama, Guardiola juga menjelaskan, perkara paling sukar dihadapi adalah apabila pemain menganggap mereka sudah tidak penting buat pasukan selepas jarang diturunkan.

“Kadang-kadang saya rasa bersalah untuk beritahu pemain bahawa mereka tidak akan beraksi kerana boleh menimbulkan salah faham.

“Ada sesetengah pemain fikir saya sudah tidak memerlukan khidmatnya lagi,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI