fbpx

‘Penyu tak boleh disentuh, apa lagi sampai cekik lehernya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan tindakan seorang individu yang mencekik leher seekor penyu.

PETALING JAYA – Tular sebuah video memaparkan seorang individu yang dilihat mencekik leher seekor penyu sambil membawanya naik ke permukaan air.

Rakaman yang tersebar di media sosial itu turut dikongsikan oleh Redang About Time di akaun Instagramnya semalam.

Menurut jurucakapnya, Nur Sindaca, pihaknya berasa kesal dengan perbuatan individu terbabit kerana ia boleh memudaratkan keadaan penyu.

“Cara dia memegang leher penyu itu kejam. Sebenarnya kita tak boleh menyentuh penyu. Jangan tarik kaki apatah lagi mencekik lehernya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pulau Redang, Terengganu.

Menurut Nur Sindica, dia meminta agar pihak berkuasa menyiasat kejadian itu selain memantau pelancong yang datang ke Pulau Redang agar tidak bertindak dengan sewenang-wenangnya.

Katanya lagi, perbuatan seperti itu amat dibenci ‘orang pulau’ kerana akan membinasakan kehidupan laut yang sememangnya menjadi tarikan utama di kawasan pulau.

“Kami di sini termasuk orang pulau tak sokong perbuatan seperti itu. Kalau tindakan saman boleh dikeluarkan, itu terpulang kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Nur Sindica mengingatkan orang ramai agar menghormati kawasan atau tempat tinggal orang lain dan tidak mencemarkannya dengan tindakan kurang bijak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI