fbpx

Muzik satu eskapisme, Joji lupakan penyakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOJI

ADAKALANYA kita berasakan seperti sedang dimusuhi kehidupan sendiri, namun tidak mengapa kerana jatuh bangun dalam hidup, memang perihal biasa.

Barangkali, setiap daripada kita pernah terasa seperti sedang terbang tinggi lalu dijatuhkan secara tiba-tiba.

Orang mudah putus asa tanpa berfikir bahawa hujan juga berada di ketinggian sebelum dijatuhkan seketika kemudian.

Mudahnya, hidup penuh dengan rahsia yang terpendam sementara waktu memutikkan realiti.

Mungkin juga itu dirasakan pemilik nama lengkap George Kusunoki Miller, 3, atau lebih dikenali khalayak dengan jenama Joji ketika melahirkan karya berjudul Glimpse Of Me yang kian menjadi antem, siulan dan kelaziman bibir dunia.

Lagu yang terkandung perasaan belum move on daripada mantan kekasih berkenaan entah bagaimana tanpa strategi pemasaran menyeluruh dan hanya menjadi tular di TikTok, melonjak di tangga ke-10 carta Billboard Hot 100 secara tiba-tiba. Satu lonjakan pencapaian tidak dijangka Joji.

Sama seperti individu lain, Joji yang berdarah campur, Jepun dan Australia itu tidak mampu lari daripada kekurangan dalam kehidupan.

Kendatipun dilambung deras populariti, dia sebenarnya teruji dengan satu penyakit yang dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

SEBELUM meledak dengan nama pentas Joji, lelaki ini lebih dikenali sebagai Filthy Frank yang pernah mencetus fenomena pada 2013 apabila memuat naik video ‘the original Harlem Shake’ menerusi YouTube.

Sakit kronik

Bercerita dalam satu temu bual bersama portal Clash, penyakit berkenaan yang tidak didedahkan secara terperinci memberikan kesan yang yang buruk terhadap dirinya sepanjang menjalani kehidupan seharian.

“Hidup ini terlalu pendek dan saya tekankan kepada diri bahawa saya perlu buat sehabis baik dalam apa jua yang saya lakukan,” ujarnya.

Disebabkan derita penyakit yang dialami, Joji mengakui menjadi lebih optimis untuk mengharungi setiap dugaan mendatang.

“Walaupun seringkali masuk hospital dan berdepan dengan permasalahan insurans, dalam pada masa sama, berada di studio merakamkan lagu, saya berteriak kepada syarikat (insurans).

“Buat semua itu agar saya dapat temu janji dengan doktor paling bagus.

“Muzik adalah eskapisme saya dan benar-benar membantu saya melupakan penyakit ini.

“Untuk saya berdepan dengan realiti bukan mudah, namun sekarang, semuanya berada dalam keadaan baik dan syukur,” katanya.

Menurut satu laporan media antarabangsa, Joji menghidap penyakit berkaitan neurologi yang memerlukan rawatan sistem saraf pusat dan periferi, otak, tulang belakang serta tisu penyambung di sekelilingnya.

Dalam sayu temu bual terdahulu, Joji pernah mendedahkan dia akan mudah diserang sawan disebabkan penyakit tersebut. Keadaan itu yang menghalangnya daripada aktif dalam laman YouTube.

KECENDERUNGAN Joji dalam dunia nyanyian banyak dipengaruhi rapper kulit hitam bernama Lil Wayne yang pernah meluncurkan single berjudul A Milli pada 2008.

‘Rawat’ dengan muzik

Menyedari tanggungjawab dan peranan orang popular adalah sangat berat, Joji yang mulanya dikenali seawal tahun 2006 percaya bahawa setiap orang yang diciptakan ke dunia memikul tugas masing-masing.

Bergelar seorang pemuzik bukan bermakna dia hanya perlu menghiburkan khalayak semata-mata tetapi turut bertanggungjawab menyuntik inspirasi dan semangat kepada semua orang.

Katanya kepada majalah Forbes: “Saya suka membantu dan menolong orang. Mungkin orang yang dengar ayat berkenaan rasa macam saya ini membosankan.

“Jujur, nak jadi orang baik, saya selalu nak hulurkan bantuan kepada orang ramai dan dengan itu, saya boleh sentiasa bergerak ke hadapan.

“Matlamatnya tetap sama dan saya dah banyak kali cakap, kalau saya pada hujungnya nanti saya tak mampu selamatkan banyak nyawa orang, barangkali apa yang saya buat sekarang (terutama melibatkan muzik) hanya membuang masa.

“Jadi, saya nak orang rasa apa kesusahan yang dialami ada jalan keluar kalau masing-masing sama membantu dengan cara mereka tersendiri,” ujarnya.

BERKETURUNAN campuran Jepun dan Australia, Joji fasih dalam bahasa Inggeris dan Jepun termasuk mampu berkomunikasi dalam bahasa Sepanyol.

Nasihat cinta, hidup

Berwajah polos dan pada awal kemunculan dalam YouTube gemar berkongsi ‘babak’ komedi, siapa sangka, kini jalan kerjayanya perlahan-lahan mengalir maju.

Dia dikenali sebagai pelantun lagu balada paling ‘berhantu’ dunia menerusi Glimpse Of Us.

Joji dalam satu muat naik video memberi nasihat kepada mana-mana lelaki yang tidak dikurniakan rupa paras kacak sepertinya supaya sentiasa sedar diri dan move on dengan kehidupan.

“Kalau anda lelaki yang tak memiliki wajah yang tampan, anda tahu yang segelintir wanita hanya menghabiskan masa bersama anda disebabkan wang dan benda-benda begitu.

“Akhirnya, perasaan atau emosi begitu jadi satu perkara yang ‘alah bisa’ dan akhirnya, anda akan terbiasa dan tak kisah pun tentang realiti tersebut,” ungkapnya bersahaja.

Satu yang menarik tentang Joji, biarpun ramai menyifatkan dirinya sebagai seorang figura yang bersikap acuh tidak acuh tentang kehidupan, dia kaya dengan kata-kata azimat yang mampu membuatkan sesiapun berfikir sejenak.

Dalam satu wawancara bersama Billboard, Joji ditanya tentang hadiah yang paling manis atau berharga diterimanya dalam kehidupan, dia membalas dengan berkata:

“Hidup kerana itu sangat-sangat berharga.”

Dalam wawancara sama ketika ditanya andai dirinya dilahirkan sebagai haiwan, apa yang menjadi pilihan, jawab Joji, dia ingin menjadi seekor burung camar.

“Ada satu masa dahulu, burung camar kacau saya dan mematuk makanan yang saya sedang nikmati tapi saya tak mampu nak marah pun.

“Mereka hanya menjalani kehidupan dan sama seperti kita semua.

Burung camar macam burung merpati tapi versi yang sela

MUZIK benar-benar menjadi eskapisme yang sangat membantu Joji melupakan penyakitnya.

lu terbang atas lautan. Saya suka burung merpati dan saya juga sukakan lautan dan itu adalah kombinasi yang bagus,” ungkapnya yang mula menapak minat dalam muzik seawal usia enam tahun.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI