fbpx

Pengecualian fi pembaharuan lesen pemandu pelancong dilanjut lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong masih lagi terkesan berikutan impak pandemik Covid-19. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong selama enam bulan lagi.

MOTAC menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, lanjutan itu diberikan kepada pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon untuk pembaharuan lesen bermula dari 30 Jun sehingga 31 Disember 2022.

Menurutnya, keputusan itu dibuat atas keprihatinan kementerian terhadap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang masih lagi terkesan susulan impak pandemik Covid-19.

“Pengecualian fi pembaharuan lesen sehingga 31 Disember 2021 yang lalu telah melibatkan sebanyak 3,419 buah syarikat pengusaha pelancongan yang berjumlah RM5,676,700,” katanya.

Tambah kenyataan itu, inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada bantuan sokongan daripada kerajaan bagi membantu kelangsungan perniagaan dan membantu syarikat untuk bangkit semula meneruskan perniagaan susulan penularan wabak Covid-19.

Jelas MOTAC lagi, pihaknya berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak supaya membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing.

“Kementerian turut menyeru semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang terlibat supaya patuh kepada perundangan sedia ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI