fbpx

Warga emas maut kereta rempuh treler di stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang maut remuk teruk selepas merempuh bahagian belakang treler di sebuah stesen minyak di Jalan Lipis-Raub di Raub hari ini.

RAUB – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah treler yang berhenti di tempat letak kenderaan sebuah stesen minyak di Jalan Lipis-Raub di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu menyaksikan mangsa, Tan Ang Suan,83, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati sebuah treler dari arah Raub telah masuk ke simpang kanan dan berhenti di dalam kawasan stesen minyak bagi tujuan mengisi minyak.

“Semasa kejadian sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki dari arah Kota Bharu melanggar bahagian belakang tayar sebelah kiri treler,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kama Azural kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian berhampiran jalan lurus dengan simpang masuk ke stesen minyak dan semasa kejadian permukaan jalan basah dan gelap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI