fbpx

Tindakan pantas bomba selamatkan 11 penghuni rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah rumah di Jalan Dato Haji Shuib yang terbakar pada petang tadi.

ALOR SETAR – Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan nyawa 11 mangsa
yang terperangkap dalam kebakaran rumah di Jalan Dato Haji Shuib 2, Taman Sri Taman 2 di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.54 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian kurang lima minit selepas itu.

Katanya, maklumat diterima menyatakan terdapat dua buah rumah sedang terbakar dengan beberapa mangsa turut berada dalam rumah tersebut.

“Kami berjaya menyelamatkan sembilan mangsa terdiri daripada tiga wanita dewasa dan enam kanak-kanak di dalam rumah pertama.

“Di situ, kami berdepan cabaran mengeluarkan mangsa terakhir yang merupakan seorang wanita dewasa ketika dia cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di bilik air,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dalam keadaan api yang marak, anggota terpaksa memecahkan cermin kecil di bilik air tersebut untuk menarik mangsa keluar.

“Di rumah kedua pula, terdapat sembilan mangsa ketika kejadian berlaku, namun tujuh daripadanya berjaya keluar sendiri dan hanya dua yang perlu diselamatkan,” ujarnya.

Beliau berkata, beberapa mangsa mengadu sesak nafas dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan.

“Seorang remaja berusia 19 tahun dan bayi berusia setahun dirawat di zon merah HSB manakala enam remaja dan seorang kanak-kanak yang cedera ringan dirawat di tempat kejadian,” jelasnya.

Difahamkan salah sebuah rumah tersebut didiami keluarga arwah Ishak Darus yang dibantu pendakwah terkenal, Ebit Liew sejak 2020 dan pernah tular sebelum ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI