fbpx

Pandelela raih gangsa Kejohanan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDELELA menunjukkan pingat gangsa dimenanginya dalam acara 10m platform Kejohanan Dunia awal pagi tadi. - MSN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Datuk Pandelela Rinong Pamg mengekalkan statusnya sebagai ratu terjun negara apabila meraih gangsa acara 10 meter (m) platform wanita pada Kejohanan Dunia FINA di Budapest, Hungary.

Pandelela, 29, berjaya mengutip 338.85 mata keseluruhan pada aksi final yang berlangsung di Arena Danube awal pagi tadi.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu terpaksa akur ketinggalan 78.4 mata di belakang Chen Yuxi dari China yang menjuarai acara itu dengan markah keseluruhan 417.25.

Tempat ketiga menjadi milik seorang lagi peserta China, Quan Hongcha yang mencatatkan 416.95 mata.

Kejayaan itu pastinya memberikan semangat tambahan buat Pandelela yang akan bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama wanita pada Khamis ini. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI