fbpx

Lelaki beritahu majikan sibuk bersih darah selepas sembelih isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XICHEN Yang menjelaskan sebab tidak sempat masuk kerja kerana membunuh isterinya. - Jabatan Polis Altamonte Springs

WASHINGTON – Seorang pekerja di Amerika Syarikat (AS) memberitahu majikannya bahawa dia tidak sempat masuk bekerja kerana sibuk membersihkan darah isterinya selepas mengelar leher mangsa, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Xichen Yang, 21, ditahan selepas seseorang menelefon polis untuk memberitahu bahawa suspek mengaku membunuh isterinya, Nhu Quynh Pham kerana mangsa membakar pasport suspek.

Polis menyerbu rumah pasangan itu di Altamonte Springs, Florida selepas menerima panggilan kecemasan sejurus sebelum pukul 9 pagi (waktu tempatan) pada 21 Jun lalu.

Yang dilaporkan menjawab panggilan telefon daripada anak majikannya dan berkata, dia menikam isterinya sehingga mati. Menurut suspek, dia tidak dapat bekerja pada hari kejadian kerana sibuk untuk membersihkan bahan bukti, demikian menurut kertas pertuduhan.

“Sejurus selepas memasuki apartmen mereka, polis menemui seorang wanita terbaring berlumuran darah di dalam tab mandi,” kata polis.

Polis menambah, mangsa ditemui dengan kesan luka di leher dan darah masih lagi mengalir, manakala perutnya juga berlumuran darah.

Jabatan Bomba Daerah Seminole mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian pada pukul 9.13 pagi (waktu tempatan).

Menurut kertas pertuduhan, suspek memberitahu polis bahawa dia mengelar leher wanita itu ketika mangsa cuba melarikan diri dengan merangkak ke arah pintu. Yang kemudian membawa mangsa ke bilik air sebelum menyembelihnya, jelas polis. 

Pasangan itu mempunyai perkahwinan yang bermasalah dan polis pernah menahan Yang kerana keganasan rumah tangga pada Januari lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI