fbpx

Lelaki berang bungkus kuah peniaga caj RM1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pertengkaran mulut yang berlaku antara peniaga gerai makanan dan pelanggan berkenaan.

PETALING JAYA – Sudah menjadi adat dalam berniaga yang mempunyai pelbagai cabaran menangani masalah khususnya apabila berdepan krisis dengan pelanggan.

Menerusi satu hantaran di media sosial milik faraysoff, dia yang merupakan peniaga gerai makanan didatangi seorang pelanggan lelaki yang berhasrat untuk membungkus kuah bagi juadah yang dibeli.

Namun, situasi itu menjadi tegang dan berlaku pertengkaran mulut bersama pelanggan terbabit apabila kuah lebih yang hendak dibungkus turut dicaj RM1 oleh peniaga berkenaan.

Peniaga wanita itu cuba memberikan penjelasan terhadap lelaki terbabit selain menawarkan untuk memberikan bungkusan kuah tersebut secara percuma, namun pelanggan berkenaan masih tidak berpuas hati.

“Zaman sekarang kuah tak perlu ke? Makan nasi tanpa kuah sedap ke? Berniaga nak masak perlu guna santan rempah, santan murah ke?,” tulis peniaga terbabit.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan si peniaga sehingga wanita itu tampil mendedahkan bahawa kuantiti kuah yang dibungkus banyak selain mengaitkan bahan masakan semakin mahal menyebabkan kenaikan harga.

Susulan itu, pengguna media sosial turut bersetuju dengan pendedahan peniaga wanita itu selain berpendapat kuantiti kuah yang dijual setanding dengan harga yang ditawarkan.

“RM1 je pun, aku pernah kena dekat kedai lain kuah kari RM3 pun tak viral,” ujar Bobby.

“Aku sebagai penjual nasi berlauk sangat faham, nak hasilkan kuah pun banyak bahan nak guna,” komen Eyla.

“Kalau dah minta banyak macam ini kena caj. Kalau mintak tambah nasi sampai banjir boleh percuma,” ujar Fiq. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI