fbpx

1,894 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam terus mencatatkan penurunan kepada 1,894 kes berbanding 2,003 kes kelmarin dengan enam kes import dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,502,824 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,944 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,494,711 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (615), Kuala Lumpur (450), Pulau Pinang (169), Sabah (123), Perak (101) Negeri Sembilan (124) dan Perak (104).

“Ia diikuti oleh Johor (72), Melaka (56), Kedah (49), Sarawak (34), Terengganu dan Pahang (masing-masing 30), Kelantan (22), Perlis (11), Putrajaya (empat) serta Labuan (1),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak sembilan kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,756 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) dengan jumlah kes BID kini 7,584 kes.

Jumlah keseluruhan kes aktif kini mencecah 28,093 dengan 26,894 kes dikuarantin di rumah, 15 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,150 kes di hospital, 14 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 20 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI