fbpx

Lima penyamun kedai serbaneka dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hoong Fong menunjukkan parang dan barangan lain yang dirampas daripada lima penyamun kedai serbaneka pada sidang akhbar hari ini.

KLANG – Kegiatan lima penjenayah menyamun kedai serbaneka 24 jam dan pasar raya di antara sebulan hingga tiga bulan lalu akhirnya tumpas selepas ditangkap dalam dua serbuan berasingan baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 21 hingga 45 tahun dilakukan menerusi Op Cantas pada 11 dan 24 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan kejadian terbaharu berlaku pukul 3.48 pagi pada Jumaat lalu mendapati dua suspek bermotosikal telah memasuki sebuah kedai serbaneka.

Katanya, suspek yang bersenjatakan parang telah mengacukan kepada juruwang wanita dan mengambil wang tunai dan pelbagai jenama rokok dari permis tersebut.

“Bertindak maklumat, polis menahan dua suspek terlibat hasil serbuan di dua buah rumah di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 1.50 petang hari sama.

“Menerusi penangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan lima lagi kes samun kedai serbaneka dari syarikat yang sama di daerah ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah, turut dirampas pelbagai barangan termasuk parang dan pisau kedua-dua suspek kini direman empat hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan sama, Hoong Fong memaklumkan pihaknya berjaya memberkas tiga suspek terlebih dahulu pukul 1 pagi pada 11 Jun lalu.

Ujarnya, berdasarkan siasatan mendapati salah seorang suspek telah menetak sebanyak dua kali pada seorang lelaki berusia 54 tahun di bahagian kening dan belakang kepala sehari sebelum ditahan polis.

Lelaki itu ditetak selepas cuba menangkap suspek yang kempunan meraih hasil samun dari sebuah pasar raya di Taman Pandamaran Permai.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan selamat dan telah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

“Berdasarkan siasatan, suspek yang menetak itu mempunyai sembilan kes lampau dan penangkapan itu berjaya menyelesaikan lapan kes samun dengan masing-masing empat di Klang Selatan, Serdang (3) dan Klang Utara (1).

“Ketiga-tiga suspek telah dituduh di Mahkamah Klang mengikut Seksyen 393/326/392/397 Kanun Keseksaan dan ditawarkan jaminan,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI