fbpx

Keputusan kes rogol ADUN Tronoh ditangguh 27 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choo Kiong

IPOH – Keputusan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang dijadualkan pada Rabu ini ditangguhkan ke 27 Julai depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Rajpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan.

Menurut Rajpal, penangguhan tersebut dibuat selepas pihaknya mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Ipoh berikutan ibu anak guamnya itu meninggal dunia kelmarin.

Katanya, wanita berusia 83 tahun itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat kegagalan jantung.

“Walaupun majlis pengebumian telah pun selesai hari ini, anak guam dan keluarga perlu mengikuti tempoh berkabung serta upacara lain sepanjang minggu ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 23 Ogos 2019, Choo Kiong yang juga bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI