fbpx

Najib jadi pelakon bawa watak Tun Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaya Najib dipuji orang ramai ketika menjayakan salah sebuah penggambaran drama baru-baru ini

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlakon dengan memegang watak sebagai Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak yang juga bapanya menerusi sebuah drama hari ini.

Difahamkan, drama bertajuk Tunjang itu memerlukan Najib berpakaian seperti bapanya malah beliau turut mengenakan rambut palsu dan bertopi.

Terdahulu menerusi hantaran di Facebook, Najib berkongsi gambar bersama pelakon lain sambil berseloroh, beliau sudah beralih ke bidang lakonan.

“Saya tukar bidang pengarah cakap tak perlu audition (uji bakat). Macam best penggambaran saya masuk watak dalam drama Tunjang tadi.

“Boleh tahan juga OOTD (outfit of the day) saya pakai topi ini. Ada macam James Bond zaman dulu-dulu,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Dalam masa sama, Najib turut berkongsi gambar-gambar lain sewaktu penggambaran drama tersebut antaranya menaiki kereta klasik.

Malah, beliau juga berseloroh dengan pengikutnya mengenai rambut palsu yang dipakainya itu.

“Baca komen-komen tadi, suka ya kamu tengok rambut saya. Nasib baik angin tak tiup tadi,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI