fbpx

Peniaga mendakwa pekerja dipukau warga asing, rugi RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV yang mamaparkan wajah serta kenderaan yang dinaiki dua individu warga asing tersebut.

PETALING JAYA – Seorang peniaga mendakwa pekerjanya telah dipukau oleh dua individu warga asing sehingga menyebabkan kerugian RM4,000.

Menerusi perkongsiannya di media sosial menggunakan akaun @rifrairam memberitahu pada awalnya pekerja yang bertugas telah didatangi oleh dua lelaki warga asing berkenaan dengan menaiki sebuah kenderaan.

Kemudian, penjenayah tersebut difahamkan memberi alasan untuk menukar wang terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti ‘pukau’ kepada pekerja tersebut.

Bercerita lanjut, pemilik akaun tersebut berkongsi situasi ketika kejadian dengan mengatakan seorang daripada penjenayah berkenaan cuba menarik perhatian pekerja di kedai, manakala seorang lagi dengan pantas ‘mencalit’ sesuatu pada bahu pekerja lain sebelum berlalu pergi.

“Si pemukau (warga asing) itu buat kerja dua orang, seorang alihkan perhatian dekat pekerja kami, seorang lagi pergi dekat meja dan lakukan kerja dia.

“Dia memang ada sentuh bahu pekerja,” ujanrnya.

Bagaimanapun, di ruangan komen, peniaga berkenaan memaklumkan laporan polis telah dibuat berhubung kejadian yang berlaku serta diserahkan bukti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kedai.

Sementara itu, orang ramai turut memberikan pelbagai reaksi serta ada yang turut menitipkan nasihat kepada para peniaga untuk sentiasa berhati-hati kerana aktiviti seperti ini sering berlaku dalam dunia perniagaan.

“Orang kata jangan tatap mata orang lagi-lagi yang kita tak kenal, sabar ya kakak, semoga dipermudahkan segala urusan,” kata seorang pengguna.

“Peniaga ini ramai yang orang tak suka, orang dengki, memang ada pelanggan yang suka ambil kesempatan, pukau orang semata-mata tak nak bayar, hati-hati bila berniaga, baca apa-apa doa sebagai pelindung diri dan perniagaan,” pesan pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI