fbpx

Tiada lanjutan Program Rekalibrasi Pulang PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah Zainudin (dua dari kiri) hadir Majlis Kenduri Kampung di Dewan Anak Kurau Batu Kurau hari ini.

LARUT – Seramai 282,561 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah berdaftar menerusi Program Rekalibrasi Pulang untuk pulang secara sukarela setakat ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, daripada jumlah berkenaan seramai 243,297 PATI telah dihantar pulang ke negara masing-masing.

“Program Rekalibrasi Pulang akan tamat bulan ini dan selepas itu kita akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang ingkar pada arahan yang telah kita keluarkan tempoh hari.

“Contohnya,Warga asing yang tinggal di sini tanpa sebarang dokumen sah atau tanpa pengesahan yang dibuat imigresen, mereka akan dibawa ke mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Kenduri Kampung Anak Kurau di Batu Kurau di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan melancarkan Program Rekalibrasi Pulang iaitu program yang membenarkan PATI pulang ke negara asal secara sukarela tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI