fbpx

Pengunjung rumah hantu terkejut, pukul kepala pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang pengunjung rumah hantu terpukul kepala seorang pekerja kerana terkejut. - Tiktok

JAKARTA – Sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan seorang pekerja rumah hantu dipukul oleh pengunjung wanita lantaran terkejut, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun TikTok @pupugls.

Rakaman itu memaparkan seorang pekerja lelaki sedang menjaga pintu di Rumah Sandekala yang terletak di pusat beli-belah FX Sudirman, Jakarta.

Dia bersiap sedia membuka pintu tersebut bagi membolehkan pengunjung rumah hantu itu keluar. 

Sejurus selepas pintu dibuka, tiga wanita yang panik kedengaran menjerit ketika keluar.

Bagaimanapun, seorang pengunjung wanita itu secara spontan memukul kepala penjaga pintu itu kerana terkejut. Ketiga-tiga wanita itu kemudian terjatuh di atas lantai.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ini yang saya takutkan jika kunjungi rumah hantu, risau refleks tendang atau pukul orang,” kata  seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI