fbpx

Lelaki maut, empat cedera kereta langgar motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Petani - Baling di Kampung Batu Dua, Kuala Ketil di Baling pada semalam.

BALING – Seorang penunggang motosikal maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Sungai Petani-Baling di Kampung Batu Dua, Kuala Ketil di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, penunggang motosikal, Mohamad Shahrul Azuan Mohamad Saad, 22, dari Kampung Charok Bemban, Kupang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Sementara pembonceng motosikal jenis Honda RS150R itu, Mohamad Farhan Md. Rosedi, 22, cedera parah.

Pemandu kereta Proton Wira bersama isteri dilaporkan cedera ringan manakala bayi mereka berusia tiga bulan parah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu lelaki berusia 21 tahun yang datang dari arah Sungai Petani menghala Baling hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah motosikal.

“Kereta dan motosikal tersebut kemudian merempuh sebatang pokok kelapa sawit di bahu jalan sehingga menyebabkan motosikal terperosok masuk ke dalam kereta,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI