fbpx
HAIDAR mengakui cukup kenal sikap Fify. Dia percaya wanita itu bukan seperti yang didakwa.

Bekas kekasih, Haidar Hasanudin pertahankan Fify Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bekas kekasih kepada pelakon, Fify Azmi yang juga pendatang baharu, Haidar Hasanudin mengakui terkejut dengan penularan gosip tidak enak mendakwa bintang filem Wira itu menggunakan dadah untuk menambah penghayatan dalam lakonan.

Haidar, 33, mengakui cukup mengenali hati budi Fify atau nama lengkapnya Nur Afiqah Mohammad Azmi sejak masing-masing belum lagi bergelar artis. Mereka juga pernah bekerja bawah sebuah syarikat yang sama.

“Saya terkejut sebenarnya apabila timbul kontroversi mengenai Fify terutama gosip yang mendakwa dia mengambil dadah.

“Mengenali dirinya sejak 2015, saya yakin dia bukan sebegitu. Dahulu, hubungan saya dengan Fify memang rapat dan saya pernah membimbing jadual seninya sebelum ini,” ujar Haidar.

Kata pelakon telemovie Angah itu lagi, Fify yang dikenalinya adalah seorang pelakon yang sangat komited dengan kerjayanya serta sentiasa menepati waktu.

“Fify seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa menepati waktu. Saya pun tidak pernah ada sebarang isu dengannya walaupun hubungan kami sudah tidak ada apa-apa kaitan lagi,” jelasnya.

Kata Haidar, dia dan juga Fify mula membawa Haluan hidup masing-masing sekitar tahun 2020 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dilaksanakan dengan memberi fokus pada kerjaya masing-masing.

“Kami tidak bergaduh. Cuma masing-masing sudah ada kerjaya dan Haluan hidup sendiri. Fify pun ada pengganti dalam hatinya berbanding saya yang masih solo.

“Terus terang, saya selalu mendoakan kejayaan Fify kerana dia sangat berbakat. Malah saya juga jadikan dia sebagai rujukan untuk saya membawa diri dalam industri.

“Saya selalu juga doakan semoga Fify dan juga kekasihnya iaitu pelakon, Nafiez Zaidi bahagia. Saya tidak punya masalah jika bergandingan dengan mereka dalam apa-apa naskah,” ujarnya.

Sebelum ini, pada 7 Jun lalu, pemegang trofi Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-31 itu membuat laporan polis mendakwa wang hasil penat lelahnya disonglap seorang wanita yang dikenalinya secara dekat.

Susulan pendedahan tersebut, individu terbabit juga meluahkan rasa terkilan dan menyifatkan Fify tidak sepatutnya menguar-uarkan salah faham antara mereka yang sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.

Wanita terbabit memuat naik status berunsur ugutan dalam InstaStory miliknya yang dipercayai ditujukan kepada Fify biarpun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.

Antara status yang dimuat naik sebelum dipadam Nora ialah individu yang mencalarkan maruahnya itu memerlukan bantuan dadah untuk kekal aktif ketika berlakon. – KOSMO! ONLINE

POPULAR