fbpx

Barcelona lancar bidaan pertama buat Robert Lewandowski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI dilaporkan sudah tidak berminat untuk kekal bersama Bayern dan mahu menyertai Barcelona. – AFP

MUNICH – Gergasi Sepanyol, Barcelona dilaporkan telah mengemukakan tawaran pertama buat penyerang sensasi Ba­yern Munich, Robert Lewandowski berharga £30 juta (RM162.27 juta).

Difahamkan, tawaran itu tidak termasuk nilai tambahan £4 juta (RM21.64 juta) sebagai usaha memujuk Bayern melepaskan Lewandowski, 33, yang sebelum ini meluahkan hasrat untuk mencari angin baharu.

Bagaimanapun, nilai dikemukakan The Catalans itu terlalu rendah dan hampir pasti akan ditolak Bayern yang masih lagi berusaha untuk mengekalkan kapten Poland tersebut.

Keengganan juara Jerman itu membenarkan perpindahan tersebut berlaku telah menimbulkan ketegangan dengan pihak Lewandowski yang didakwa sudah bersetuju secara lisan untuk menyertai Barcelona selama tiga tahun.

“Era saya di Bayern sudah ber­akhir. Saya tidak rasa sebarang kemungkinan untuk saya terus beraksi bersama pasukan ini.

“Bayern sebuah kelab yang besar dan mereka akan tetap melepaskan saya juga kerana saya sudah tiada hati untuk bermain di sini dan bersama mereka lagi.

“Jadi, urusan perpindahan adalah langkah terbaik buat kedua-dua pihak. Saya amat berharap mereka tidak menghalang saya untuk meninggalkan kelab ini,” kata Lewandowski.

Bagaimanapun, Presiden Ba­yern, Herbert Hainer dan Pe­ngarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic, tetap optimis mereka mampu memastikan Lewandowski kekal di Allianz Arena sehingga kontraknya tamat tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI