fbpx

Arab Saudi larang gas memasak di kem jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan Arab Saudi menguatkuasakan larangan penggunaan tong gas memasak di kem jemaah semasa musim haji. - AFP

RIYADH – Direktorat Am Pertahanan Awam  mengesahkan larangan membawa masuk dan menggunakan semua jenis dan saiz silinder gas memasak di kem jemaah haji dan pejabat agensi kerajaan yang terletak di Tanah Suci, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Direktorat berkenaan menyatakan bahawa larangan itu akan berkuat kuasa mulai pagi hari pertama bulan Hijrah Dzulhijjah.

Keputusan larangan membawa masuk dan menggunakan gas petroleum cecair (LPG)  di Tanah Suci Mekah  pada musim haji kali ini akan dikuatkuasakan dengan penyelarasan bersama oleh agensi-agensi keselamatan Arab Saudi.

Larangan tersebut menyaksikan semua barang terlarang termasuk dapur gas dan silinder yang boleh digunakan untuk tujuan memasak, akan dirampas.

Seorang jurucakap direktorat berkenaan berkata,  tindakan  undang-undang akan diambil terhadap sesiapa yang didapati melanggar peraturan tersebut dan peraturan lain yang ditetapkan.

Pasukan penyeliaan pencegahan kebakaran dan keselamatan Pertahanan Awam akan mengadakan  lawatan lapangan dan pemeriksaan menyeluruh ke semua pejabat agensi kerajaan dan pertubuhan komersial di Tanah Suci.

Ini bagi memastikan LPG tidak digunakan di premis mereka sama ada di Mina, Muzdalifah dan Arafat semasa musim haji bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan keselamatan jemaah haji terjamin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI