fbpx

Zarah pencemaran udara jejas paru-paru, otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bernafas dalam udara tercemar akan menyebabkan kerosakan langsung pada fungsi otak dan organ itu sendiri. - Hans India

LONDON – Satu kajian baharu mendapati menghirup udara tercemar boleh menyebabkan partikel toksik memasuki otak manusia, lapor agensi berita United Press International (UPI), kelmarin.

Pakar-pakar kesihatan berkata, zarah halus pencemaran itu berupaya memasuki saluran darah dan mengalir ke otak, seterusnya mengakibatkan kerosakan fungsi organ tersebut.

“Terdapat jurang dalam pengetahuan kami mengenai kesan berbahaya zarah halus bawaan udara terhadap sistem saraf pusat.

“Penyelidikan ini memberikan pengetahuan baharu tentang kaitan antara zarah yang disedut ketika kita bernafas dan bagaimana ia bergerak di dalam badan manusia.

“Data menunjukkan sehingga lapan kali ganda bilangan zarah halus ini mungkin boleh sampai ke otak menerusi aliran darah daripada paru-paru dan hidung. Ini merupakan bukti baharu kaitan antara pencemaran udara dan impak terhadap otak,” kata pengarang bersama kajian tersebut, Iseult Lynch.

Zarah halus dalam udara tercemar yang disedut boleh memasuki saluran darah selepas melintasi penghadang udara-darah dan akhirnya sampai ke otak.

Ini boleh menyebabkan kerosakan pada tisu di sekeliling organ berkenaan.

Dalam kajian itu, penyelidik-penyelidik antarabangsa menemui pelbagai zarah halus dalam cecair serebrospinal manusia yang diambil daripada pesakit yang mengalami gangguan otak.

Pasukan penyelidik itu berkata, kajian tersebut  menunjukkan kaitan kukuh antara tahap pencemaran udara tinggi dan masalah radang saraf yang membawa kepada penyakit  Alzheimer serta masalah kognitif lain.

Udara tercemar dipenuhi dengan komponen toksik tetapi pakar-pakar  paling bimbang mengenai  partikel halus seperti PM2.5 dan PM0.1 kerana kesan buruknya terhadap kesihatan.

Zarah ultra halus itu boleh melepasi sistem perlindungan badan termasuk halangan biologi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI