fbpx

Bukit Rambai, Port Dickson antara lima kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak lima kawasan di Semenanjung negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan antara 101 hingga 200, setakat pukul 9 pagi hari ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod IPU tertinggi direkodkan di dua kawasan di Melaka iaitu Bukit Rambai dengan bacaannya 153, diikuti Bandaraya Melaka (146).

“Kawasan di Johor yang dilanda Jerebu adalah Batu Pahat (134) dan Tangkak (116).

“Port Dickson, Negeri Sembilan turut mengalami keadaan sama iaitu dengan bacaan 109 setakat ini,” tambahnya.

Sementara itu, 51 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100.

Data sama turut menunjukkan hanya 12 kawasan di Semenanjung merekodkan tahap IPU yang baik iaitu di bawah 50.

Antara kawasan tersebut adalah Langkawi, Kedah (22), Balik Pulau, Pulau Pinang (32), Taiping, Perak (41), Sungai Petani, Kedah (41) dan Besut, Terengganu (43). — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI