fbpx

Pistol kedua ditemui dalam kereta suspek ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pistol yang ditemui dalam kereta milik suspek ditembak mati sekitar Taman Salak Selatan pada Isnin lalu.

KUALA LUMPUR – Polis menemui sepucuk pistol dipercayai milik suspek yang ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan di sebuah kondominium sekitar Taman Salak Selatan, sehari selepas kejadian pada Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, hasil pemeriksaan polis menemukan pistol kedua di dalam sebuah kereta jenis Toyota Estima dipercayai digunakan suspek lelaki itu sebelum kejadian tembak-menembak.

“Kita menemui satu beg kitar semula di bawah tempat duduk pemandu yang mengandungi sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama enam butir peluru di dalam chamber.

“Selain itu, polis turut menjumpai sebungkus sampul duit mengandungi tujuh butir peluru hidup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, hasil maklumat risikan mendapati senjata api tersebut disyaki milik si mati.

Terdahulu, akhbar melaporkan polis menembak mati seorang lelaki yang merupakan anggota kumpulan jenayah samun dalam kejadian berbalas tembakan di sebuah kondominium sekitar Taman Salak Selatan pada Isnin lalu.

Polis telah menyerbu rumah suspek pada pukul 10 malam sebelum lelaki yang berusia 40 tahun itu bertindak melepaskan beberapa das tembakan sebelum ditembak mati di lokasi kejadian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI