fbpx

Dua penternak lembu didakwa edar dadah, simpan pistol terlepas hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Marzuki (dua dari kiri) dan Mohd. Naim (kanan) bersama peguam masing-masing selepas mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Dua penternak lembu terlepas hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka atas dua pertuduhan mengedar dadah dan satu pertuduhan memiliki sepucuk pistol, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abazafree Abas membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Wan Marzuki Wan Daud, 59, dan Mohd. Naim Azmi, 37, di akhir kes pendakwaan.

Mohamad Abazafree dalam alasan penghakimannya berkata, mahkamah mengambil kira beberapa faktor sebelum keputusan dibuat.

“Pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah dan senjata api berada dalam milikan mereka selain rumah yang disewa tertuduh turut boleh diakses oleh orang lain.

“Oleh itu, mahkamah memutuskan kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya iaitu 749.5 gram methamphetamine kira-kira pukul 12.50 tengah malam pada 25 Februari 2019.

Bagi pertuduhan kedua, Wan Marzuki dan Mohd. Naim didakwa bersama-sama pada tarikh, waktu dan tempat sama mengedar dadah berbahaya iaitu 87.8 gram jenis heroin.

Bagi pertuduhan ketiga, kedua-dua tertuduh bersama-sama memiliki senjata api iaitu sepucuk pistol jenis Revolver bertulis 700-31 di bahagian dalamnya dengan menyalahi undang-undang kira-kira pukul 12.10 tengah malam di sebuah rumah berlainan di Kok Lanas di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aida Fatimah Abd. Jaabar, manakala Wan Marzuki diwakili peguam Muhammad Farhan Ahmad Fadzil dan J. Matthews. Norah Abu Bakar pula mewakili Mohd. Naim.

Terdahulu, Aida Fatimah memohon hukuman setimpal dikenakan memandangkan kedua-dua tetuduh melakukan kesalahan jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI