fbpx

Neelofa berhijrah ke Tanah Arab tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA

PUTRAJAYA – Niat ingin menuntut ilmu, selebriti popular Neelofa, 33, merancang akan berhijrah ke Tanah Arab bersama keluarganya sekitar awal atau pertengahan tahun depan.

Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, penghijrahan tersebut telah dibincang bersama suaminya, Haris Ismail sejak awal perkahwinan mereka sekitar April tahun lalu.

“Masa awal kahwin dulu, kami ada berbincang bersama tentang sambung belajar dan mendalami ilmu hadis.

“Insya-Allah jika ada rezeki, mungkin kami akan ke sana pada awal atau pertengahan tahun depan. Paling lama pun mungkin setahun kami akan menetap di sana,” katanya.

Bekas pengacara Nona itu berkata demikan ketika ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi NaelofarXDisney di sini semalam.

Bagaimanapun, dia dan suami yang juga seorang pendakwah bebas itu masih belum mempunyai kata putus dalam pemilihan lokasi untuk menyambung pengajian.

“Tengoklah sama ada di Madinah, Mesir atau di tempat lain yang sesuai.

“Sebab bila sudah ada anak, kami cuba teroka mana-mana peluang lain yang ada. Insya-Allah, kalau semua okey, kita akan ambil kursus jangka pendek saja.

“Kalau boleh saya nak Muhammad Bilal sudah tahu bercakap sikit, sekurang-kurangnya dia pun dapat belajar bahasa ketika berada di sana nanti,” jelasnya.

Akui bekas Dewi Remaja 2009/2010 itu, dia pernah memasang niat dan mencari peluang untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah sejak sebelum berkahwin.

“Sebenarnya sebelum kahwin dulu pun ada niat nak pergi ke sana, cari kursus belajar bahasa.

“Namun ketika itu, tidak ada kos yang dibuka untuk pelajar wanita, Perasaan ketika ini lebih ke arah teruja hendak ke sana berbanding rasa gementar,” kongsinya teruja.

Terdahulu, Neelofa menerusi temu bual dalam program Nona sebelum ini mendedahkan dia sekeluarga bakal berhijrah ke Tanah Arab untuk menyambung pengajian berkaitan hadis dan al-Quran serta menguasai bahasa Arab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI