fbpx
AMELIA Henderson dan Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A. Aida selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian bagi sebuah projek lakonan baru-baru ini.

Langgar kontrak, Amelia Henderson, Idris Khan bakal disaman A. Aida?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Amelia Henderson dan Idris Khan kini berdepan tindakan saman daripada penerbit sensasi, Datuk A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A. Aida bersama sutradara naskhah berkenaan, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan, sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.

“Kalau ikutkan kronologi, mereka berdua awal-awal lagi sudah bersetuju selepas tawaran diterima April lalu.

“Semasa dapat skrip masa awal Jun lalu pun mereka terima seperti biasa. Tapi bayangkan sehari sebelum penggambaran bermula pada 15 Jun lalu, Amelia menerusi syarikat pengurusannya, Shu Management memaklumkan pelakon itu terpaksa menarik diri.

“Syarikat pengurusan memberitahu penarikan tersebut disebabkan skrip yang tidak sesuai dan mengikut kehendak Amelia selepas script reading berlangsung tiga hari sebelum penggambaran bermula.

“Idris Khan pula menerusi syarikat pengurusan sama dan pada hari yang sama turut memaklumkan penarikan diri. Difahamkan, Idris berbuat demikian disebabkan Amelia yang terlebih dahulu menarik diri.

“Saya tak faham kenapa mereka berdua melakukan sedemikian rupa. Kalau mereka beritahu seminggu awal ke, tak mengapalah juga, ini sehari sebelum penggambaran,” katanya yang memberitahu projek tersebut dianggarkan menelan belanja keseluruhan bernilai RM1 juta.

A. Aida ditemui pada sidang akhbar tergempar di Restoran Rebung Datuk Chef Ismail di sini sebentar tadi.

Selain A. Aida selaku penerbit dan sutradara, sidang media berkenaan dihadiri peguam yang mewakili mereka, Ashmadi Othman daripada Zulpadli & Edham.

Pengarah drama popular bersiri Halimah Jongang itu berkata, dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang kerana menyusahkan pihak produksi yang terpaksa mencari pelakon pengganti selepas penarikan berlangsung.

Katanya, bukan setakat menyusahkan semua pasukan produksi, Aida turut mengalami kerugian lebih daripada RM150,000 melibatkan kos produksi termasuk lima peratus wang pendahuluan yang telah dibayar kepada pasangan ‘hero heroin’ itu.

Dalam pada itu, Ashmadi berkata, proses mengemukan tindakan saman kepada kedua-dua pelakon mengambil masa sebulan untuk disiapkan, manakala surat makluman kepada mereka sudah dihantar pihak peguam pada Rabu lalu.

Sekali Lagi Cinta Kembali sebanyak 28 episod itu terpaksa ditangguh penggambaran selama satu minggu bagi pihaknya mencari pelakon pengganti.

Susulan pengunduran Amelia dan Idris, pelakon Anique Suhair dan Siti Khadijah Halim yang dipilih mereka sudahpun menjalani penggambaran naskhah Sekali Lagi Cinta Kembali pada 21 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR