fbpx

‘Bigboss’ terima ‘coklat’ RM2juta – saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini diberitahu, wang tunai RM3.3 juta diserahkan kepada Lim Guan Eng iaitu 10 peratus daripada keuntungan bersih syarikat kontraktor yang mengendalikan projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang.

Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli berkata, beliau menyerahkan RM2 juta kepada Guan Eng melalui seorang ahli perniagaan, Gnanaraja yang bertindak selaku perantara bagi mengelakkannya dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG) itu berkata, beliau menghubungi Gnanaraja pada 17 Ogos 2017 melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan hajatnya memberikan ‘Coklat’ yang dimaksudkan sebagai wang tunai kepada ‘Bigboss’.

Menurut saksi pendakwaan ke-23, keesokan harinya, beliau bertemu Gnanaraja di sebuah hotel di Petaling Jaya dan menyerahkan dua beg masing-masing berisi RM1 juta dan meletakkannya dalam bonet kereta Bentley yang dinaiki ahli perniagaan itu.

Ketika membacakan pernyataan saksi, Zarul Ahmad, 62, berkata, beliau selanjutnya menghubungi Guan Eng pada 20 Ogos 2017 untuk memperkenalkan bekas Ketua Menteri itu kepadas Gnanaraja.

Ujarnya, Guan Eng yang menghadiri majlis di Publica, Hartamas di sini bersetuju bertemu ahli perniagaan itu dan meminta saksi menjemputnya di sebuah hotel di Pudu.

Menurut kontraktor itu, beliau selanjutnya menjemput Gnanaraja di rumahnya di Petaling Jaya dan meneruskan perjalanan ke Publica yang mana beg berisi RM1 juta diserahkan kepada Guan Eng ketika dalam kenderaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI