fbpx

Sedekah, Zara Zya bersiram doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARA ZYA dilihat melekatkan wang kertas pada di bahu seorang pekerja pasar raya.

VIDEO memaparkan Zara Zya bersedekah kepada seorang pekerja pasar raya baru-baru ini mendapat perhatian netizen.

Perbuatan mulia tersebut meraih ribuan pujian yang rata-ratanya terharu melihat pelakon genit itu tampil melakukan perkara baik yang boleh menjadi ikutan ramai.

Kata netizen, sikap Zara sangat positif kerana melakukan perkara mengikut trend tular yang baik iaitu bersedekah kepada orang ramai berbanding aksi tidak senonoh seperti selebriti lain.

Namun, ada juga netizen yang berharap perbuatannya itu dilakukan bukan untuk mengikut trend tular semata-mata.

“Apabila seorang buat baik, semua pun akan ikut lakukan perkara sama. Terbaik Zara,” komen netizen.

“Harap benda yang dilakukannya ini bukan ikut trend semata-mata,” ujar seorang pengguna TikTok.

Harap semuanya dilakukan dengan ikhlas. Jika ikut trend yang baik apa salahnya, daripada buat perkara yang boleh mengundang kecaman ramai.

MIZZ LAHAR: Syabas buat Syamsul Yusof sebab tidak memanjangkan sengketa dengan sebuah portal hiburan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI