fbpx

300,000 pembantu tadbir mohon kerajaan kaji semula tangga gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah (kiri) bertemu dengan ahli-ahli Gabongan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) di Komtar, George Town di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Hampir 300,000 pembantu tadbir gred lantikan 19 hingga 28 memohon kerajaan mengkaji semula tangga gaji kumpulan berkenaan yang disifatkan terlalu rendah jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Setiausaha Gabongan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), Amir Hamzah Yakat Ali berkata, selain daripada tekanan akibat kos sara hidup meningkat mereka juga berdepan dengan beban kerja yang tidak setimpal dengan gaji.

”Gaji permulaan bagi pembantu tadbir gred 19 adalah pada kadar RM1,352 (gred N) manakala RM1,353 bagi gred W dan ini terlalu rendah pada zaman harga barangan semua meningkat naik ini.

”Kami mohon untuk Gred 19 yang menerima gaji pokok di bawah RM1,500, kerajaan mempertimbangkan untuk dinaikkan kepada RM1,800.

”Bagi mereka yang lebih dari RM1,500 pula, kita minta mereka ini akan diberi kenaikan gaji tahunan (KGT) dua hingga tiga kali setahun,” katanya pada sidang akhbar selepas Taklimat Kesatuan dan Mesyuarat Agung Tri Tahunan AUEGCAS Pulau Pinang di Komtar di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 Mac lalu mengumumkan kadar gaji minimum negara ditetapkan pada RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei ini.

Perlaksanaannya akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI