fbpx

Remaja maut bergesel kereta masuk simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang maut kemalangan.

MELAKA – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam nahas membabitkan dua buah kereta di persimpangan Kampung Bukit Gedong, Jalan Tanjung Kling, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Azizul Haiqal Zulkefli, 19, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari arah Tangga Batu menghala ke Tanjung Kling.

“Ketika dalam perjalanan, terdapat sebuah kereta jenis Proton Iswara di hadapan mangsa pada jarak lebih kurang tiga buah kenderaan telah memberikan lampu isyarat untuk masuk ke simpang kiri.

“Bagaimanapun tiba-tiba motosikal mangsa telah bergesel di bahagian kanan kereta tersebut dan hilang kawalan sehingga melanggar sebuah Proton Saga FLX dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ujarnya, akibat kemalangan itu, mangsa telah terpelanting dan jatuh di atas jalan raya sebelum disahkan maut di lokasi oleh pegawai perubatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI