fbpx

Rakyat gesa kerajaan kawal harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai menggesa kerajaan untuk memberi tumpuan lebih kepada isu kenaikan harga barang ketika ini.

Perkara itu diluahkan oleh orang ramai di Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan pengumuman khas berkaitan subsidi yang dibuat hari ini.

Pengumuman kerajaan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang juga dilihat tidak mendapat sambutan memuaskan daripada orang ramai.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata orang ramai mahu kerajaan memberi fokus kepada isu kenaikan harga barang berbanding pemberian bantuan yang tidak memberi kesan untuk jangka masa yang lama.

“Orang ramai tidak memerlukan wang tunai langsung. Mereka memerlukan subsidi untuk jangka masa panjang. Memikat rakyat Malaysia (yang kurang berpendidikan) hanyalah kebahagiaan sementara bagi mereka. Penyelesaian jangka pendek bukan caranya,” kata Rowan.

“Turunkan harga barang. Tak ada bantuan pun tak apa sebab bantuan itu takkan dapat ‘cover’ barang keperluan,” kata Janetthy.

“Memang bersyukur juga ada bantuan tapi kalau barang selalu naik, dengan kos sara hidup semakin meningkat. Boleh sesak nafas juga setiap hujung bulan,” kata Yus.

“Kalau tiap bulan dapat bantuan tidak mengapa, tapi Kami makan hari-hari. Harga barang kerap naik, bantuan diberi cuma sekali. Mana cukup,” kata Apis.

Selain itu juga, rata-rata golongan M40 turut meluahkan rasa kecewa selepas tiada bantuan diumumkan bagi membela nasib mereka yang merupakan pembayar cukai.

“Gaji yang sama nak berbelanja dengan harga barang semua tinggi. Kasihan rakyat marhaen, M40 banyak terkesan apatah lagi B40,” kata Asmadi.

“Kecewa dengan tiada pengumuman bantuan untuk golongan M40. Semua harga barang naik, sebelum ini, banyak bantuan dari kerajaan juga tidak manfaatkan M40 (tidak layak), sekarang juga tak ada, menangis sajalah M40,” kata Ah Hock. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI