fbpx

Cloudflare masalah teknikal, banyak laman web tidak boleh diakses

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kecoh seketika di media sosial apabila orang ramai memaklumkan tidak boleh mengakses beberapa laman web tempatan mahupun antarabangsa.

Perkara sama turut berlaku di laman web rasmi Kosmo! Online apabila gagal diakses selama setengah jam tengah hari tadi.

Perkara itu dipercayai mempunyai kaitan dengan penyedia perkhidmatan sambungan internet sedunia, Cloudflare.

Menurut platform pemantau masalah laman web, Downdetector oleh Ookla, pihaknya mengesa aduan terhadap masalah Cloudflare meningkat sekitar 2.30 petang tadi.

Sementara itu Cloudflare melalui Twitter rasminya berkata, isu berkenaan telah dikenal pasti kira-kira pukul 2.57 petang tadi dan proses baik pulih sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI